Antara arca awam yang awal di Malaysia. 4 tokoh penjajah British yang
diagungkan menggunakan medium arca awam dengan tujuan mengesahkan keberadaan
serta persepsi mereka sebagai hero di Tanah Melayu. Atas kiri Francis Light,
atas kanan Frank Swethnam. Bawah kiri Stamford Raffles, bawah kanan Robert
Walker.
Bangunan stesen keretapi di Tanjong Pagar turut terdapat karya–karya arca
timbulan di bahagian hadapannya. Arca timbulan tersebut mempunyai empat
imej figura di setiap tiang bahagian hadapan bangunan. Arca timbulan
tersebut membawa simbol pertanian, perdagangan, pengangkutan dan industri.
Pengarca Angelo Vannetti* dengan kerjasama dari firma Raoul Bigazzi (pembekal
marmar dan gangsa) telah mengukir arca timbulan tersebut. Berbeza dengan
arca timbulan di bangunan RRIM yang mempunyai timbualan yang rendah (low relief
), arca timbulan di KTM ini tinggi menonjol keluar (high relief) Disamping itu
terdapat mural di kedua-dua dinding yang tinggi pada ruang menunggu di dalam
bangunan, mural tersebut menggambarkan sisioekonomi di Tanah Melayu
ketiku itu. Lakaran aktiviti perlombongan timah, sawah padi, penanaman getah
dan tongkang China yang sedang berlabuh mengingatkan asal usul Singapura yang
berada dalam Tanah Melayu suatu waktu dulu. Bangunan yang dibina dalam tahun 1932
itu ia tetap membawa identiti Tanah Melayu.
Arca ini dicipta pada tahun 1966 oleh Felix de Weldon iaitu seorang
pematung/ perupa terkenal yang juga telah mencipta tugu peringatan Iwo Jima di
Washington DC. Tujuh orang yang membentuk tugu peringatan ini melambangkan
ketaatan, pengorbanan dan kerjasama penduduk Malaysia. Tugu ini didirikan untuk
memperingati jasa mereka yang terlibat (dan berkorban) di dalam Perang Dunia
Kedua dan sewaktu peristiwa Darurat di Malaya.
(“Keris” arca yang telah dihasilkan
oleh Lattif Mohidin)
Penghujung tahun 2010 dua arca awam lagi telah dibina di Bandaraya Kuala
Lumpur. Sebuah syarikat telekomunikasi yang gah Aixata telah meminta pengarca
terkenal Ramlan Abdullah untuk membina arcanya di perkarangan
bangunan baru mereka di kawasan KL Senteral. “Prisms by
Axiata” 2010 menjadi arca berstruktur setinggi 24.2 meter dan yang
tertinggi setakat ini di Malaysia. Menjadi ikon terbaru Axiata dan
Bandaraya Kuala Lumpur.
Selepas 13 tahun arca ‘keris’ oleh Abdul
Latiff Mohidin di taja oleh Maybank. Pada 22 disember 2010 sempena ulangtahun
ke 50 Maybank. sebuah arca oleh Yusof Gani telah di bina di Menara
Maybank untuk menjadi teman kepada arca ‘keris’. Dengan tajuk
‘Segerak- One Movement ,1Malaysia’ , arca ini berdiri gagah membawa inspirasi 1Malaysia
yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5
No comments:
Post a Comment