Thursday, 25 December 2014
PROSES PENGHASILAN PERAK MAN (Project 3-)
Wednesday, 24 December 2014
Tuesday, 23 December 2014
RANGKA PERAK MAN 'PULANG'
Buku Perak Man
MANUSIA PERAK (PERAK MAN) Salah satu buku yang
mencatitkan sejarah penemuan rangka Perak Man.. Manusia Perak (Perak Man)
adalah rangka manusia yang tertua pernah dijumpai di Malaysia. Perak Man
dijumpai di dalam Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak,
Malaysia. Ia dijumpai pada tahun 1991 hasil penyelidikan yang dijalankan oleh
Malaysian Archaeological Research Centre, Universiti Sains Malaysia dengan
Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Hasil dari kajian dan penyelidikan yang
dijalankan mendapati Perak Man adalah rangka manusia yang telah berusia
diantara 10 000 hingga 11 000 tahun.
Kedudukan rangka Perak Man semasa
penemuannya..
Rangka Perak Man telah
pun dipindahkan dari Gua
Gunung Runtuh ke Muzium Arkeologi Lenggong dan diletakkan dalam kedudukan
asalnya sebagaimana ia ditemui.
Replika rangka Perak Man..
Perak Man adalah
lelaki yang tergolong dalam kelompok manusia Australomelanesoid. Menjalani
kehidupan bersama beberapa kelompok manusia prasejarah lebih kurang 10 000
tahun yang lalu dengan menjadikan gua sebagai tempat berteduh. Aktiviti utama
Perak Man ialah memburu, memungut bahan-bahan yang boleh diperolehi daripada
hutan dan sungai untuk menjalani kehidupannya.
Ilustrasi kehidupan manusia
zaman pra sejarah..
Perak Man telah meninggal dunia sewaktu berumur antara
40-45 tahun. Ia telah dikebumikan dengan upacara atau adat tradisi kaumnya
dengan posisi foetal, iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada. Ia juga
dikebumikan bersama dengan beberapa peralatan yang diperbuat daripada batu dan
beribu-ribu siput sungai. Ketinggiannya dianggarkan dalam 154cm-160cm. Perak
Man adalah rangka tulang manusia hampir penuh yang ditemui di Asia Tenggara dan
merupakan tulang prasejarah yang mempunyai kecacatan genetik yang dikenali
sebagai Brchymesophalangia.
Ilustrasi bagaimana Perak Man dikebumikan selepas
kematiannya..
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut sejarah
penemuan rangka manusia prasejarah ini bolehlah berkunjung ke Muzium Arkeologi
Lenggong yang terletak di Daerah Lenggong, Perak, Malaysia.
My Kad Perak Man..
Salah satu bahan pameran di Muzium Arekologi Lenggong..
Subscribe to:
Posts (Atom)